Skip to main content

matrik vs asasi vs diploma vs form 6

ASSALAMUALAIKUM

First of all nak ucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dlm SPM tetapi  ini hanya titik permulaan bagi menghadapi kehidupan yang baru di masa akan datang.
Bila keluar je result SPM...mesti ada diantara pelajar lepasan SPM tak tahu nak pilih mana satu sama ada Asasi,Matrikulasi,diploma,Sijil dan tingkatan 6.....

Matrikulasi
1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Asasi / Foundation
1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)  

Diploma
1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro) 4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)  

Tahmidi (USIM)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

 Sijil
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro) 3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account. 5.Tidak digalakkan ambil Sijil.
Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Asasi IPTA 

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester. (Nota : Jumlah pembiayaan yang terkini mungkin berbeza)
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

 Matrikulasi dan Asasi ni biasanya dia akan ambil pelajar yg agak bagus keputusannya dalam SPM sebab program ni dirangka bersusaian dgn result SPM pelajar lepasan SPM agar mereka ni dapat orang kata 'follow' cara pembelajaran mereka yg sangat padat dan perlu terkejar-kejar masa....Matrikulasi dan Asasi ni tak sesuai bagi orang yang tak suka mengadap buku je....tapi kalau kawan-kawan rase yang kawan-kawan boleh follow cara pembelajaran mereka padat,terkejar-kejar,tak cukup tidur dab asyik mengadap buku...jadi cadangkan masuk Matrikulasi atau Asasi..sebenatrnya Asasi dan Matrikulasi ni tak jauh berbeza...Matrikulasi ni di bawah Kementrian Pelajaran Malaysia...manakala Asasi ni di bawah IPTA..Matrikulasi pula ada terbahagi kepada dua iaitu Pengajian Satu Tahun(PST) dan pengajian Dua Tahun(PDT)..biasanya PDT ni untuk pelajar lepasan SPM yang nak masuk Matrikulasi tapi result SPM suam-suam kuku je daripada syarat kelayakan dan kalau pelajar lepasan SPM membuat rayuan untuk masuk Matrikulasi ni biasanya juga akan dibagi PDT ni...tapi ada juga pelajar yang dapat PST nak tukar pergi PDT..jadi klu dapat PST jangan lah berlagak pulak dan pandang rendah dengan PDT...sb orang yang dapat PST ni..belajar dalam masa singkat je berbanding PDT..jadi kalau leka je kejap...habis lah....kalau  nak masuk Matrikulasi ni...sebab jenis orang yang memang tak suka duduk diam,  suka dengan kehidupan yang sibuk..tak ada masa nak buat kerja-kerja yang tak berfaedah...sekarang ni dah habis sekolah rase nak pergi sekolah je....tahu tak masa diatara habis SPM dan menunggu tawaran daripada IPT ni lah masa yang paling bosan...

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
.actually diploma bagus pada student yang nak pengalaman lebih dari yang lain seperti matrikulas , asasi dan form 6 sbb kebanyak jurusan menawarkan praktikal yang banyak .orang kata diploma ni belajar relax sikit..diploma ni diambil 3 atau 4 tahun je....lepas tu boleh cari kerja....tapi yang susah nya kalau kita nak sambung ambil ijazah sebab bergantung pd result diploma..masa tu tak boleh jimat lah...kalau tak suka sangat nak ambil diploma sebab banyak buang masa bila nak sambung ijazah bole ambek matrikluasi ataupon asasi

Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.
Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.
Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.
Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.
Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.
Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.
 untuk tingkatan 6 pula rase ia bagus untuk pelajar yang ulat buku dan tidak mahu berjauhan daripada rumah...tingkatan 6 ni agak susah tapi sijil STPM tu setaraf dgn Diploma..ada  dengar sijil STPM ni lagi bagus daripada diploma...tapi tak tahu lah kan....STPM ni pun lebih senang nak sambung belajar sebab dasar kerajaan yang lebih mengutamakan STPM daripada Asasi,Diploma,Matrikulasi dan Sijil...kalau dapat 4 flat tu insyaAllah dapat pergi luar negara...pointer untuk STPM ni kalau 2.8 tu insyAllah ada tawaran masuk IPTA...berbanding dengan Matrikulasi,kalau dapat pointer 3.5 pun belum tentu dapat masuk Universiti...

Kalau peringkat sijil pulak sesuai untuk orang yang baru nak ceburi bidang baru...contohnya kalau pelajar sains...tiba-tiba rasa nak belajar perakaunan jadi boleh lah ambil Sijil ni...biasanya sijil ni lebih kepada kemahiran...jadi saipa-siapa yang tidak berapa suka mengadap buka je....blh lah ambil sijil ni....

Tahmidi ni kalau nak ambil kena ada bahasa arab....Tahmidi ni lebih kurang sama saja dengan Asasi dan Matrikulasi...jadi kalau ada siapa-siapa ambil bahasa arab boleh lah mintak Tahmidi ni....

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. What is the best course for students 3.3 stpm sstera in U..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai .dik.jika berminat perguruan bole aply ..IPG..atau ambil course berkaitan mgt or admin...mcm sains politic pun ok...jus jika ada minat nak masuk pendidikan awal kanak-kanak-bole trus wsp sis 011-16930576-sis guide..tq

      Delete
  3. The usefulness information... Before this I in dilemma in order to further education...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ciri-ciri kawan yang harus/perlu kita elakkan

assalamualaikum sepanjang hidup kita didatangkan dengan pelbagai jenis ragam manusia . tapi kita disarankan supaya berkawan dengan kawan yang tidak sama sekali memudaratkan hidup kita. so tak salah rasanya kita cuba jadi yang terbaik di samping orang sekeliling. tapi adakah kita da jadi yang terbaik? tak pun mesti kita tertanya-tanya kenapa kita tak dapat kawan yang menyenangkan hati dan tidak memiliki kawan yang kekal? so mungkin anda ada dalam golongan yang tidak disukai kawan sekeliling. jom tengok adakah kita memiliki ciri-ciri kawan yang dielakkan. 1. Jenis talam dua muka. Aku paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita terse

perempuan berdikari vs tidak berdikari

Perempuan yang Berdikari 1.berani memberi pendapat perempuan yang berdikari selalu menyuarakan pendapat dn isi hati semasa dalam perbincangan supaya orang tau apa yang ingin dikatakan. so hasilnya perbalahan dalam berbincang lebih baik dari bergaduh selepasnya kan? so tidak hairan la dalam perhubungan mereka yang berdiakri terlihat lebih matang dan lebih lama bertahan .mereka tidak gentar dalam menyuarakan pendapat masing-masing supaya apa yang tersirat yang ingin dikatakan akan terbuka sesama sendiri tanpa berselindung lagi. 2. tidak berpura-pura perempuan yang berpura-pura dalam perhubungan terlihat lebih bersifat tidak matang sebab ingin menarik perhatian pasangannya supaya lebih mengambil berat dengan nya. hal ini menyebabkan lelaki kurang gemar dan memilih perempuan yang tidak berpura-pura kerana bagi mereka itu adalah tanda tahap kematangan dan berdikari nya seseorang perempuan itu. 3.matang perempuan seringkali dikatakan bersifat keanak-anakan. namun tidak pada sesetengah

perbezaan teknologi kejuruteraan dengan kejuruteraan

Pure engineering or engineering technology ?     So far benda ni asyik bermain dekat otak aku..bila disuruh sambung studies dalam degree taun lepas oleh ayah aku. so aku kena pilih dua kos yang hampir sama iaitu engineering  technology  vs pure engineering..pening dibuatnya..hasil daripada MR.GOOGLE aku buat research sendiri. so disebabkan aku tak nak ambek technology kejuruteraan a.k.a FTK stand for fakulti teknologi kejuruteraan disebabkan aku taknak ade orang kcau life baru aku mase degree. so aku nekad ambek pure engineering dengan pointer yang tak seberapa. 1)Teknologi Kejuruteraan tak boleh digelar ENGINEER Mesti ramai yang baru dapat kos tu tengah cuak.."aku nak jadi engineer la..xkan x boleh..penat je aku belajar selama ni" Relaks la. Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan diken