Skip to main content

perempuan berdikari vs tidak berdikari

Image result for perempuan tidak berdikari
Perempuan yang Berdikari




1.berani memberi pendapat
perempuan yang berdikari selalu menyuarakan pendapat dn isi hati semasa dalam perbincangan supaya orang tau apa yang ingin dikatakan. so hasilnya perbalahan dalam berbincang lebih baik dari bergaduh selepasnya kan? so tidak hairan la dalam perhubungan mereka yang berdiakri terlihat lebih matang dan lebih lama bertahan .mereka tidak gentar dalam menyuarakan pendapat masing-masing supaya apa yang tersirat yang ingin dikatakan akan terbuka sesama sendiri tanpa berselindung lagi.

2. tidak berpura-pura
perempuan yang berpura-pura dalam perhubungan terlihat lebih bersifat tidak matang sebab ingin menarik perhatian pasangannya supaya lebih mengambil berat dengan nya. hal ini menyebabkan lelaki kurang gemar dan memilih perempuan yang tidak berpura-pura kerana bagi mereka itu adalah tanda tahap kematangan dan berdikari nya seseorang perempuan itu.

3.matang
perempuan seringkali dikatakan bersifat keanak-anakan. namun tidak pada sesetengah perempuan yang berdikari kerana mereka ini kelihatan lebih matang dalam mengendalikan perhubungan mereka dan sentiasa berfikir lebih matang supaya sesebuah perhubungan itu bertahan lebih lama . sebab itu lelaki yang lebih muda sukakan mereka yang matang kerana seringkali terlihat berdikari dan senang mengendalikan emosi mereka semasa dalam proses perhubungan yang lebih jauh.

7.mampu lakukan sendiri
perempuan yang sering kali keseorangan dalam melakukan banyak perkara kelihatan lebih berdikari kerna mereka mampu melakukan hal yang ingin dilakukannya seorang diri tanpa mengharapkan sesiapa menemaninya kemana sahaja yang dituruti. hal ini akan menyenangkan hati seorang lelaki tanpa rasa risau untuk meninggalkan pasangan mereka melakukan hal-hal yang perlu melakukan sendiri ataupun perkara yang tidak mampu ditemani. kerana mereka yakin pasangan mereka lebih selesa melakukan hal-hal nya sendiri tanpa mengharapkan belas kasihannya berteman sekali. 
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Bersedia dengan setiap kemungkinan. Kalau dia bawak anda pergi makan, tunjukkan kesopanan anda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. Kalau dia bawak pergi jumpa mak ayah dia, tunjukkan anda ialah Wanita Melayu Terakhir di matanya. Kalau dia bawak pergi hotel? Tunjukkan IC anda bahawa anda Islam.

Image result for perempuan berdikari 
Perempuan yang tidak pandai berdikari 

1.terlalu mendesak dalam banyak hal

Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri bagi hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah perhubungan.

Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu perhubungan dan berasa selamat, sifat ‘keinginannya yang mendesak’ mula dimanifestasikan. Dan selalunya perempuan seperti ini berpotensi jadi 'queen control'. kerana mereka sering kali terlebih berfikir negatif terhadap pasangan mereka dan selalu 'check' fon pasangan masing-masing sehingga merimaskan hati lelaki. tidak salah jika lakukan semua itu namun berbatas la kerna kamu hanya sekadar teman wanita sahaja dan bukannya isteri seumur hidup bersumpah setia. 


TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.


2. selalu ingin bersama kemana sahaja
Perempuan memang dikenali sebagai kaum yang lemah, tak semestinya perlu sentiasa bergantung kepada lelaki semata-mata. Umur semakin meningkat, jadi kematangan pun perlulah seiring juga. Sikap yang terlalu keterbergantungan membuatkan lelaki mudah bosan. kerana lelaki sering kali ingin melihat perempuan yang disayangnya itu boleh membawa diri sendiri ataupun tidak.

Dalam perhubungan, pastikan ada 'give and take'.Barulah satu perhubungan itu adil bagi kedua-dua pihak. Sekuat-kuat lelaki, jangan ingat mereka tidak ada sifat manja. Mereka pun manusia juga. Jadi, berpada-pada lah meluahkan atau mengekspresikan kemanjaan masing-masing.

Kadang-kadang penyakit orang perempuan ni, apabila terasa kecil hati atau terluka, mulalah nak hebohkan satu dunia yang lelaki ini lelaki itu jahat. Malah ada yang spesies mula nak 'seduce' laki lain.

TIPS: Belajarlah mematangkan diri dan rajin-rajin motivasi diri. Kalau mengalami masalah itu, berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional. Perempuan yang 'independent' adalah seorang yang hebat. 'Independent' tidak semestinya terlalu 'open'.


3. lebih berkerjaya 
Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira. Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.” Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?

Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.


4. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. namun sikap yang berlebih-lebih hingga terbwa ke tempat orang ramai dianggap amat tidak matang. seharusnya perkara itu dibawa ke privacy masing-masing. orang lain pun ada batas masing-masing tapi kenapa diri sendiri tidak?
.

5.Jangan terlalu bergantung kepada lelaki
Jangan tak tahu, lelaki suka wanita yang pandai berdikari. Tapi ada masa bila dia menghulurkan bantuan, janganlah menolak. Tapi jangan terlalu memaksa sehingga menyusahkan dia.sikap yang terlalu bergatung kepada pasangan menyebabkan elaki hampir rasa rimas akan perngai perempuan yang selalu meminta nya teman kemana sahaja membuatkan kerja lelaki terabai dan kelam kabut disebabkan perngai yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati lelaki.

Comments

  1. Perempuan dulu2 tak berpelajaran jadi perlukan lelaki untuk sara hidup mereka. Sekarang lelaki tidak diperlukan sebab perempuan dah ada pelajaran dan boleh hidup bersendirian melainkan lelaki itu ada pangkat dan harta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ciri-ciri kawan yang harus/perlu kita elakkan

assalamualaikum sepanjang hidup kita didatangkan dengan pelbagai jenis ragam manusia . tapi kita disarankan supaya berkawan dengan kawan yang tidak sama sekali memudaratkan hidup kita. so tak salah rasanya kita cuba jadi yang terbaik di samping orang sekeliling. tapi adakah kita da jadi yang terbaik? tak pun mesti kita tertanya-tanya kenapa kita tak dapat kawan yang menyenangkan hati dan tidak memiliki kawan yang kekal? so mungkin anda ada dalam golongan yang tidak disukai kawan sekeliling. jom tengok adakah kita memiliki ciri-ciri kawan yang dielakkan. 1. Jenis talam dua muka. Aku paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita terse

perbezaan teknologi kejuruteraan dengan kejuruteraan

Pure engineering or engineering technology ?     So far benda ni asyik bermain dekat otak aku..bila disuruh sambung studies dalam degree taun lepas oleh ayah aku. so aku kena pilih dua kos yang hampir sama iaitu engineering  technology  vs pure engineering..pening dibuatnya..hasil daripada MR.GOOGLE aku buat research sendiri. so disebabkan aku tak nak ambek technology kejuruteraan a.k.a FTK stand for fakulti teknologi kejuruteraan disebabkan aku taknak ade orang kcau life baru aku mase degree. so aku nekad ambek pure engineering dengan pointer yang tak seberapa. 1)Teknologi Kejuruteraan tak boleh digelar ENGINEER Mesti ramai yang baru dapat kos tu tengah cuak.."aku nak jadi engineer la..xkan x boleh..penat je aku belajar selama ni" Relaks la. Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan diken