Pure engineering or engineering technology ?
So far benda ni asyik bermain dekat otak aku..bila disuruh sambung studies dalam degree taun lepas oleh ayah aku. so aku kena pilih dua kos yang hampir sama iaitu engineering technology vs pure engineering..pening dibuatnya..hasil daripada MR.GOOGLE aku buat research sendiri. so disebabkan aku tak nak ambek technology kejuruteraan a.k.a FTK stand for fakulti teknologi kejuruteraan disebabkan aku taknak ade orang kcau life baru aku mase degree. so aku nekad ambek pure engineering dengan pointer yang tak seberapa.
Mesti ramai yang baru dapat kos tu tengah cuak.."aku nak jadi engineer la..xkan x boleh..penat je aku belajar selama ni" Relaks la.
Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan dikenali sbg "Technologist". Tapi, dekat Malaysia ni, setakat ni, semuanya dipanggil Engineer tak kiralah kejuruteraan ataupun teknologi kejuruteraan.
2)Perbezaan dari segi silibus pembelajaran
Untuk teknologi kejuruteraan 60% markah adalah dari amali dan 40% lagi adalah teori. Berbeza pula dengan Kejuruteraan yang memperuntukkan 50% bagi kedua-dua amali dan teori.sometimes dia akan ikut universiti masing-masing
3)Tahap pembelajaran yang sukar
Of course la Kejuruteraan akan lebih susah daripada teknologi kejuruteraan..ni andaian aku la..sebab teknologi kejuruteraan lebih banyak hands on.
Secara jujurnya, belajar di Teknologi Kejuruteraan lebih senang berbanding dengan Kejuruteraan disebabkan boleh cover dekat carry mark 60% bahagian amali berbanding Kejuruteraan yang full of theories. Tapi, ia mungkin boleh menjadi sukar terutamanya orang macam saya yang tidak beberapa minat dan pandai dalam mekanikal dan mesin haha.
4)graduan teknologi kejuruteraan tak boleh dapat title Ir
sebab apa tak boleh dapat title Ir ? sebabnya mudah..graduan teknologi kejuruteraan tak diiktiraf oleh Board of Engineer Malaysia (BEM)..So kalau korang nak title Ir tu better korang check dulu whether kos korang tu diiktiraf BEM or not
Kemasukan bagi ke Kejuruteraan lebih ketat berbanding dengan Teknologi Kejuruteraan.
Nak masuk bidang Kejuruteraan memang agak sukar disebabkan ia melibatkan pembelajaran teori dan ramai yang menyimpulkan student dari Kejuruteraan lebih pandai dari Teknologi Kejuruteraan. Tapi, ianya sama saje sebab yang masuk Kejuruteraan Teknologi ni pun pointer agak gempak di Matrik cuma mungkin lebih berminat kearah praktikal atau mungkin tidak diberi pendedahan yang jelas mengenai perbezaan kedua-dua tersebut.(Isi secara random di UPU sebab tak tahu)
Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.
Teknologi kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang, bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.
Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.
Lantaran itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan, tidak akan membawa perbezaan taraf, ia cuma membezakan jenis kerja
Penting untuk anda ketahui bahawa :
Jurutera menggunakan pengetahuan saintifik yang dibangunkan oleh para saintis dalam perancangan, mereka bentuk dan membina alat-alat teknikal dan sistem. Jurutera pemaju inovasi teknologi.
Teknologi kejuruteraan bekerja rapat dengan jurutera dalam menyelaraskan orang, bahan, dan jentera untuk mencapai matlamat khusus projek tertentu.
Ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan.
Lantaran itu, bidang pendidikan kejuruteraan dan bidang teknologi kejuruteraan, tidak akan membawa perbezaan taraf, ia cuma membezakan jenis kerja. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan. Mereka boleh juga bekerja sebagai pengurus teknologi. Jawatan-jawatan yang layak kepada graduan teknologi kejuruteraan adalah seperti reka bentuk produk, ujian, pembangunan, pembangunan sistem, bidang kejuruteraan, operasi teknikal dan kawalan kualiti.
Dan perlu diketahui, siswazah dari program-program teknologi kejuruteraan sering diberi jawatan sebagai jurutera.
Secara umum, kerja-kerja teknologi kejuruteraan memberi tumpuan kepada praktikal prinsip-prinsip kejuruteraan, manakala kerja jurutera menekankan aspek-aspek teori matematik, prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan.
Banyak lagi sebenarnya perbezaan cuma ia hanyalah perbezaan yang kecil dan untuk menerangkan semua perbezaan yang besar tersebut jelaslah bukan saya orangnya sebab saya sendiri pun masih berjinak-jinak dalam dunia Engineering ni. Bagi saya, apa yang kita dapat tu, bersyukur lah dengan seadaanya sebab perancangan Allah itu yang terbaik.
Comments
Post a Comment