Skip to main content

ciri-ciri kawan yang harus/perlu kita elakkan

assalamualaikum

Image result for kawan

sepanjang hidup kita didatangkan dengan pelbagai jenis ragam manusia . tapi kita disarankan supaya berkawan dengan kawan yang tidak sama sekali memudaratkan hidup kita. so tak salah rasanya kita cuba jadi yang terbaik di samping orang sekeliling. tapi adakah kita da jadi yang terbaik? tak pun mesti kita tertanya-tanya kenapa kita tak dapat kawan yang menyenangkan hati dan tidak memiliki kawan yang kekal? so mungkin anda ada dalam golongan yang tidak disukai kawan sekeliling. jom tengok adakah kita memiliki ciri-ciri kawan yang dielakkan.


Image result for kawan
1. Jenis talam dua muka.

Aku paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita tersebut akan sampai ke telinga orang lain. namun kalau talam dua muka sebab kita common sense tak nak orang sekeliling terasa. so why not kita follow the flow je perangai die sampai orang lain sedar kenapa .

2. Jenis kuat touching.

Sekali-sekala nak touching memang takde hal punya. Tapi kalau sikit-sikit nak touching, siapa boleh tahan kan? Kena kutuk sikit dah touching. Kalau setakat touching 5 minit tu boleh considered lagi tapi kalau dah sampai seminggu nak touching, call pun tak angkat, message pun tak reply, memang melampau lah kan. buat ape nak touching sangat? da besar kan? sikit-sikit sudah la... bole pikir kot kawan tu kenapa touching. so why not kita refresh balik diri kita apa yang kita da buat kat dia.

3. Jenis suka meninggi diri/cakap besar

Aku ada jugak kawan yang jenis meninggi diri/cakap besar ni. Kira dialah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat, semuanya salah, dia je la yang betul. Konon serba-serbi semua benda dia tahu dari A sampai Z. Kalau nak tahu jenis orang yang suka meninggi diri ni selalunya dia suka condemn orang. Orang yang suka meninggi diri ni jugak selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ada je yang tak kena. kadang tu aku da kawan yang bannga diri sebab nak hiburkan orang sekeliling. sebab kita tau apa yang dia cakap tu tak masuk akal. so melayan la je perngai die cam tu kan? why not kita terhibur sekali sekala dengan perangai kawan kita yang ntah pape.

4. Jenis batu api/menghasut

Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan? tak pun dia jenis tak nak kawan dia berjaya dan die sanggup cerita macam-macam dekat orang sekeliling. namun siapa yang tau kebenaran tu memang da malas layan la dengan perangai die camtu. mungkin die kurang kasih sayang . disebabkan itu lah die perlukan perhatian lebih dari kawan sekeliling die.

5. Jenis tikam belakang/kawan makan kawan

Kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya. sebab kadang tu dia jenis jeles dengan apa yang kita miliki . so dia slow -slow cuba rampas apa yang kita ada. ni spesies manusia tak tau kenapa patot wujud sebenarnya.  Kawan yang anda percayai tergamak tikam anda dari belakang. Contoh kawan pengkhianat adalah kawan yang merampas kekasih anda. sebab biasa spesies macam jeles dengan apa yang kita ada sebab tu dia tergamak merampas orang yang kita sayang sekalipun.

Image result for kawan

6. Jenis suka merendahkan orang lain

Kalau cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni. dia akan cerita bende kelemahan dia depan orang ramai. kiranya dia akan malukan kawan sendiri depan kawan lain demi nak orang lain tau yang die lebih berjaya dari kawan yang die persendakan tu. tak baik kan perangai camni?Jenis kawan seperti ini tidak akan mampu membantu anda berjaya. Setiap kali anda ingin maju kehadapan, kata-kata dia kerap membuat langkah anda jadi tergendala. Dia kawan yang sangat-sangat tidak mendorong anda berjaya. Kata-kata yang biasa keluar dari mulutnya adalah, “Sudahlah, kau tak akan boleh melakukan itu, percaya lah.”

7. Jenis suka menipu dan memberi alasan

Susah sangat ke nak bercakap benda yang benar? Kalau sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai tahap sikit-sikit nak bagi alasan, sikit-sikit nak menipu, memang orang tak akan percaya dah la. Ingat satu je, kalau kita suka sangat menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah kat kita, kawan-kawan tak akan membantu punya sebab kat muka tu dah ada cop mohor 'KAKI PENIPU'. so jangan la cuba tipu kawan sendiri tapi kalau nak tipu sebab nak jaga hati tu mungkin bole consider la kan sebab manusia ni common sense ada banyak jenis.

8. Jenis hangat-hangat tahi ayam.

Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut. bila kita da plan elok tu die bole pulak bagi alsan macam-macam. bile kita keluar bole pulak bagitau tak ajak. mmang tak patut la kawan camni. 

9. Jenis panas baran

Kalau bab mengutuk orang, memaki orang dia memang terel.dia main sedap je sembur marah kat orang tanpa pikir apakah perasaan dia bila kena macam tu lebih-lebih lagi bila ada yang melihat. tapi bila kena kat batang hidung sendiri punya gelabah taknak mengalah sebab dia jenis nak menang sendiri je.

10. Jenis berkira/suka mengungkit

Kadang-kadang dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat macam kawan kita pinjam RM100 kat kita. melainkan kita memang poket kering tu memang patot la tak bole nak bagi pinjam kat dia kan.tapi bila da pinjam tu bole reti pulangkan rasenya. bende bole pikir sendiri kan macam mana kalau takde duit tu . kadang-kadang yang tukang bagi pinjam ni segan pulak nak mintak hutang sendiri padahal die yang bagi pinjam.tapi bila da bagi pinjam susah pulak nakpulangkan . da la bagi macam-macam alasan nya.

Image result for kawan

11.Kawan yang jenis penuh sifat dengki dan iri hati 
v      kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati dorang resah gelisah. lepas tue, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. bila kita susah, barulah mereka rasa puas hati. yang ni tak patot kita panggil kawan. kita patot panggil musuh ketat. sebab apa yang kita buat lebih dari dia mesti cakap macam-macam bia kita rase down. padahal die sendiri buat bende yang sama pada masa akan datang. lawak dowh orang camni.  dia akan plan macam-macam cara nak menjatuhkan kita sampai la dia puas hati.

.Kawan yang  jenis lupa diri
v      spesies ni macam kacang lupakan kulit. ..time dorang dah takde kawan cepat-ii cari kita. lepas tu, bila dorang da senang lenang, dorang da lupa la kita nie. pandang kita pun tak nak. pe jenis kawan macam tu. pikir kesenangan dorang sendiri jewk.

13.Kawan yang jenis tak reti guna barang
v      yang ni bukan tak reti apa, tak reti nak mintak kebenaran pinjam barang orang. Allah bagi mulut tu suruh cakap, dia pakai ambik jewk. tahu tak, kalau kita ambil hak orang tanpa meminta kebenaran, itu telah dipanggil MENCURI. dan hukum MENCURI adalah potong tangan. pastu, bila da guna barang kita, tak reti-ii nak pulang balik. buat macam harta sendiri plak tue….haishhhh

14.Kawan yang Tak Tahu Malu
Jenis teman yang macam ini akan membuatkan kita rimas kerana dia tidak adap perasaan malu untuk meminta sesuatu atau meminta a.k.a mengambil kesempatan tetapi diri sendiri kedekut apabila kita minta pertolongan. 

15.Kawan yang Ingat Kita Bila Perlu
Jikalau korang adaa kawan macam sila lah angkat ke dua kaki kamu dan blahhhh..haha. Bila dia susah baru dia tahu nak cari teman,kalau tak pandang pon tidak.
For example : Teman kamu hanya menghubungi kamu apabila dia dalam kesempitan tapi bila turn kamu dalam kesusahan dan kamu ingin meminta hubungan dari dia, beri 1001 alasan, tak pon dia akan dia menghilang terus. Sakit hati bukan ???? 

16.Kawan Hanya untuk Berseronok 
Ni satu lagi teman yang perlu kita jauhi.  Tidak salah untuk berseronok kan tapi kalo 24 jam 7 hari 4 minggu 12 bulan asyik nak enjoy jer,ape ke hel tu ? so, kalau nak berseronok jarang-jarang tidak ada masalah, boleh menghilangkn stress kat tempat kerja or stress belajar.

Image result for kawan

17. Kawan yang Suka Memanfaatkan
. Dia hanya ingin berkawan dengan orang-orang yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai keinginan atau tujuan peribadinya semata. Ketika tujuannya tercapai, dia akan meninggalkan anda dan beralih ke kawan baru. sebab macam kawan aku sorang ni ambil kesempatan atas kebaikan dia sampia dia buat kawan tu macam kuli dia pun ada. last-last bila dia mintak tolong sikit pun tak tolong.

18. Suka Menghakimi
Kawan yang suka menghakimi dapat menggugat kepercayaan diri. Kata-katanya sering kali menyalahkan anda. Anda buat betul pun tetap dianggap salah olehnya, apatahlagi jika anda melakukan kesalahan. Kawan seperti ini akan selalu mencari kesalahan anda. sebab dia selalu dia sorang je yang betol dalam semua hal. bila dia salah sekali pun dia akan tetap tegakkan yang dia ni betol.

Image result for kawan
so da buat analisis kawan macam mana kita miliki? dan da judge kita ni jenis kawan yang macam mane? so pandai-pandai la pikir.




Comments

Popular posts from this blog

perempuan berdikari vs tidak berdikari

Perempuan yang Berdikari 1.berani memberi pendapat perempuan yang berdikari selalu menyuarakan pendapat dn isi hati semasa dalam perbincangan supaya orang tau apa yang ingin dikatakan. so hasilnya perbalahan dalam berbincang lebih baik dari bergaduh selepasnya kan? so tidak hairan la dalam perhubungan mereka yang berdiakri terlihat lebih matang dan lebih lama bertahan .mereka tidak gentar dalam menyuarakan pendapat masing-masing supaya apa yang tersirat yang ingin dikatakan akan terbuka sesama sendiri tanpa berselindung lagi. 2. tidak berpura-pura perempuan yang berpura-pura dalam perhubungan terlihat lebih bersifat tidak matang sebab ingin menarik perhatian pasangannya supaya lebih mengambil berat dengan nya. hal ini menyebabkan lelaki kurang gemar dan memilih perempuan yang tidak berpura-pura kerana bagi mereka itu adalah tanda tahap kematangan dan berdikari nya seseorang perempuan itu. 3.matang perempuan seringkali dikatakan bersifat keanak-anakan. namun tidak pada sesetengah

perbezaan teknologi kejuruteraan dengan kejuruteraan

Pure engineering or engineering technology ?     So far benda ni asyik bermain dekat otak aku..bila disuruh sambung studies dalam degree taun lepas oleh ayah aku. so aku kena pilih dua kos yang hampir sama iaitu engineering  technology  vs pure engineering..pening dibuatnya..hasil daripada MR.GOOGLE aku buat research sendiri. so disebabkan aku tak nak ambek technology kejuruteraan a.k.a FTK stand for fakulti teknologi kejuruteraan disebabkan aku taknak ade orang kcau life baru aku mase degree. so aku nekad ambek pure engineering dengan pointer yang tak seberapa. 1)Teknologi Kejuruteraan tak boleh digelar ENGINEER Mesti ramai yang baru dapat kos tu tengah cuak.."aku nak jadi engineer la..xkan x boleh..penat je aku belajar selama ni" Relaks la. Yeah, hakikatnya pahit untuk saya telah pada awalnya." Mana boleh weh, aku nak jadi engineer, apasal tak boleh pulak" kata saya dalam hati haha. Memang la, sebab graduan daripada Teknolgi Kejuruteraan ini akan diken